19 June 2011

MASAKAN KAMPUNG - SAYUR LEMAK PUCUK UBI

ASSALAMUALAIKUM SEMUA...


entry ni buat petang tadi tapi baru nak publish malam soryy....salam petang sabtu dan selamat hari sabtu dan selamat berhujung minggu.... lama betul wani tak berblog, lama ke hehe.. a'ah sibuk sikit- sikit lagipun takde masakan yg sedap2 yang dimasak.. hehe. hari ni pun nampak mendung je. 4 hari lepas sebelum berlakunya gerhana bulan tu siapa tahu ke tak ambil tahu ...petang tu hujan turun teramat lah lebatnya, angin memang kuat sangat petang  tu pokok2 bergoyang bagaikan nak tersungkur ke bumi ,,, ya Allah takut wani tengok ... sampaikan sarang burung yang bersarang kat pokok belakang bilik wani ni pun jatuh tapi nasib baik jatuh atas para kayu untuk pokok anggur tu kalau la jatuh kat atas tanah lagi la kuat hentaman dia .. itupun wani perasan the next morning  apabila tengok pasangan burung tu terbang sana terbang sini mengelilingi sarang dia tu nak masuk kat pintu sarang dia tertutup... kasihan pulak pasangan burung tu.. bila wani tengok check2 kat dalam adala anak dia 4 ekor semuanya tapi 2 ekor dah mati tinggal 2 ekor je yang hidup..itupun wani tak perasan wani ingatkan ada 3 ekor semuanya .. abah check balik oooo 2 ekor dah mati  sebenarnya kasihan anak burung tu dah mati .. wani tolong bukakan pintu sarang dia tu... letak atas para kayu tu balik, nasib baik la emak burung tu masuk balik menjenguk anaknya... baguskan pasangan burung ni ..anak2 sama2 jaga .. tak macam manusia.. buang sana buang sini... wani tengok cara pasangan burung tu jaga anak pun kita dah boleh terfikir .. haiwan yang Allah jadikan pun sayangkan anak2nya ..... lepas tu bagi tau abah dan abah lekatkan elok2 dekat para kayu tu tak nak bagi jatuh balik...mak wani cakap orang tua dulu2 la cakap.. kalau ada burung yang bersarang pada rumah atau pokok janganlah diusik2 atau nak halau burung tu keluar .. itu petanda akan ada rezeki ... wallahuallam tak tahulah wani nak percaya atau tidak tapi kalau fikir secara logik takkanlah nak dihalau burung tu buat sarang biarlah dia buat sarang kat situ .. kalau tidak kejam namanya kita nak halau2 burung tu kan.. pasal gerhana bulan malam tu memang wani berjaga malam tu nak tengok2 bulan macam mana tapi tak nampak bulannya hehehe.....

oklah dah2 bercerita panjang lak ... ni wani nak tunjukkan satu masakan kampung.. SAYUR LEMAK PUCUK UBI ni memang my mum's favorite... maklumlah la mak wani ni orang kampung tulen .. semua tahu masakan kampung dan she adores kampung cooking. Bagi wani, pucuk ubi ni sedap dimakan macam tu je tak makan dengan nasi pun tak apa. sesiapa yang gemar masakan kampung tu bolehla cuba yang ini.

SAYUR LEMAK PUCUK UBI
PREPARED BY :WANI
SUMBER: MY OWN RECIPE




BAHAN-BAHAN

pucuk ubi ( 2 cekak pun dah kira ok. )
*5 ulas bawang merah
*10 biji lada burung@ cili padi ( kalau nak pedas tambah la lagi )
*3 cm kunyit
*belacan sebesar 10 sen ( wani buat agak2 je letak tapi tak la banyak sangat )
santan  3 cawan
ikan bilis ( segenggam pun dah kira cukup )

CARA - CARA
1. pucuk ubi dibasuh dan diramas2 dan dicarik2 sehingga lembut jangan kuat sangat nak carik tu ya bersama  dengan air garam untuk hilangkan getah pada daun2 dia tu. perahkan dan toskan. 
2. bahan - bahan yang bertanda * ditumbuk bersama dengan sedikit garam
3.masukkan bahan yang ditumbuk tadi ke dalam periuk bersama-sama dengan santan dan kacau rata.
4. masakkan santan tadi bersama-sama bahan yang ditumbuk di atas dapur sehingga masak (mendidih) dan boleh la masukkan ikan bilis dan pucuk ubi kayu
5.bila dah nampak pucuk ubi tu lembut boleh tutup api dan hidangkan.. HAPPY TRYING AND HAPPY COOKING :)
Komen
0 Komen

No comments:

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (218) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) Masakan Ikan (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) Sudut Agama (19) advertorial (19) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign