Total Pageviews

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Sunday, June 26, 2011

KUIH CUCUR @ MEXICAN HAT @ KUIH CUCUR TOPI




ASSALAMUALAIKUM…….

HAPPY SUNDAY everyone here….. alhamdulillah ..hujung minggu mungkin banyak program2 yang menarik bersama family kan… mungkin juga ada majlis perkahwinan, family gathering ke dan sebagainya lah . wani semalam memang free tak payah masak hehe, kebetulan semalam ada Program Juara Rakyat dekat Sekolah Kebangsaan Peringat , Tan Sri Anuar Musa datang bagi ucapan. Adalah aktiviti-aktiviti menarik disana. Balik tu wani dah amat penat mak pula cakap dia ada majlis akikah rumah kawannya, abah pun ada jemputan perkahwinan di Kubang Kerian, bekas jiran lama ajak makan kenduri kahwin anaknya.  Adik wani yang seorang ni yang sedang bercuti, pergi makan kenduri rumah kawannya,, kakak kawannya kahwin , so, no cooking la yesterday.. ohhhh I was so relieved. Semalam pun panas pelik je. Rupanya hujan turun semalam… alhamdulillah..


Due to no cooking yesterday, today I wanna share special recipe. Amboi special resepi. Actually just my homemade kuih je .. it’s called kuih cucur or Mexican hat or kuih penaram. This is my favorite kuih ever, my dad always bought it during my childhood memories .. wani amat la suka kuih ni. Ingat dulu kalau abah pergi pasar pagi ke mesti dia akan belikan, tetapi ada juga kuih yang dibeli tu agak keras. Nape ya? Before, I have been looking for this recipe for a long time, but alhamdulillah I found this recipe from myresepi website. Thanks a lot to the owner of this recipe .. till now I made this kuih 3 times.. hehe and thanks god for the first trial I made this kuih, menjadi la kuihnya…. I was so happy that time … mesti la suka kalau apa yang kita masak menjadi kan. Siapa la yang tak suka. Ingat dulu pun wani takut2 je nak buat sebab rata-rata ramai kawan2 kat myresepi cakap tak menjadi la.. walaupun bahan2 nya senang je tak banyak. Tapi rupa2nya, kita kena tahu tip2 terlebih dahulu bila nak buat kuih ni ya ,,,, REMEMBER THAT.



For the tips, it’s so easy. Make sure, kesemua campuran tepung tu must be stirred well. Kacau elok2, kalau ada hand whisk lagi bagus kita kacau2 macam nak buat cekodok until no lumps, biar semua ketulan2 tepung tu tak ada dan biar kita kacau adunan tu sampai la dia likat dan nampak buih2nya tu … and then the bubbles tu masa kita tengah kacau tu dia dah mula nak keluar .. kacau,,, kacau,,,, kacau ,, lagi lama ya hehe.. so, now I knew the function of hand whisk. I love my hand whisk… kalau dulu sebelum ni kacau dengan sudu je .. dia lambat sikit …lagipun adunan tu makin lama makin berat bila dikacau dengan sudu. And the second tip, make sure the batter must be rested overnight. Ok yang wani punya ni wani mula buat adunan ni masa pukul 7 mlm dan wani goreng pada keesokannnya. Kan wani dah cakap kalau mana2 kuih kalau nak lagi gebu lagi lembut ,, perap lagi lama,,, lagi lama lagi sedap kuih tu.. believe it or not .. believe it ya .. hehe. Nanti tengok gambar ,, memang lembut berongga2 pulak tu …. Ok let’s we share this recipe


 KUIH CUCUR @ MEXICAN HAT @ CUCUR TOPI
Prepared by : wani
Resource: myresepi website

Bahan-bahan ( 10 biji )

* 2 cawan tepung gandum
* 1 cawan tepung beras
* 1/2 cawan gula pasir ( wani hanya guna gula pasir satu cawan je x guna gula merah  ,, itu pun dah sedang elok manisnya )
* 1 cawan gula merah
* sedikit garam
* air (lbh krg 2 cawan)

Cara-cara

1. campurkan gula pasir dan gula merah bersama >< 2 cawan air.masak hingga mendidih.biarkan sejuk/suam.
2. tuangkan air gula tadi kedalam adunan tepung gandum dan tepung beras.tambahkan garam.Gaul ikut likat dan ditimbuk-timbuk hingga berbuih.
3. peram adunan td semalaman.
4. ambil sesenduk adunan dan digoreng dgn minyak yg secukupnya.



NOTA : kalau nak menghasilkan bibirnya yang seksi tu hehe, goreng dia agak lama sikit bila dah nampak golden kat tepinya tu, terus balikkan ya ... 

HAPPY TRYING AND HAPPY COOKING




13 comments:

  1. salam..

    paggil cucur ni mexican hat ye? ^*..
    kami di perak, paggil kuih jawa..arwah nenek yg ajar resepinya..lama xwat ingat2 lupa dah hehe..cuma kaler yg kami lebih perang

    ReplyDelete
  2. salam

    a'aahh memang pernah dengar macam2 orang panggil nama kuih ni ... ohhh kalo kat kelantan x pernah tengok warna perang .. warna mcm ni lah ... tak guna gula perang kot kat sini hehe

    ReplyDelete
  3. panggil mexican hat ..sebab dia ala nak seperti topi mexico ... kan mcm tu bergeluk kat tepi hehe

    ReplyDelete
  4. masa goreng guna myk yg banyak ke....tq

    ReplyDelete
  5. salam ,, taklah guna minyak banyak guna minyak macam nak goreng mata kerbau tu ..sikit je jangan banyak sangat ... kalau ada kuali kecik tu cantik sikit topinya tu :))

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum....lama dah tak mkn kuih ni..huhuhu..nak kena buat nnt. tq resipinya yer.

    ReplyDelete
  7. waalaikumussalam... sama2 cubalah memang sedap....:)

    ReplyDelete
  8. salam Wani
    Nak tanya, gula masak dgn 2 cawan air kan. Pastu adunan tepung gandum + beras tu adakah dgn campur dgn 2 cawan air lagi atau cuma perlu masukkan air gula td? so semua pakai 2 cawan air atau 4 cawan ya... confuse??? Thanks sbb sudi berkongsi

    ReplyDelete
  9. salam rosliza: a'aah gula tu masak je dgn 2 cawan air ,, wani larut gula dgn air panas je... pastu adunan tepung gandum dan beras tu ..cuma masukkan air gula tadi je ... tak campur dgn air lain dah // sama2 selamat mencuba ya :))

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. salam elly ,,kena guna senduk yang paling kecik sekali barulah bentuk bulat dia tak besar sangat ... letak perlahan2 kat tengah2 kuali tu..automatik bulat kat tengah tu akan timbul sendiri... faham kan ?

      Delete
  11. salam. Terima kasih kongsi resepi. Hari tu saya dah try, tak jadi. Nak try lagi sekali guna tip-tip u. Hopefully kali ni jadi. Hehe ;)

    ReplyDelete
  12. Salam. terima kasih kongsi resepi.. Dah buat tapi tak cantik macam kat blog ni.. Hehee.. Akan cuba lagi nnti..

    ReplyDelete