04 May 2011

SOTONG MASAK SERAI


ASSALAMUALAIKUM......

rasa - rasanya sudah lama tak masak berkenaan dengan sotong.dalam keluarga wani, mak seorang je yang tak boleh nak makan sotong,dan makanan seafood lain dia alergik kasihan mak. hari ini, cubalah masak, mula - mula tu kekeringan idea jugak nak masak apa la dengan sotong. sebab dah puas masak benda yang sama je. dengan zaman yang canggih sekarang dah boleh klik2 bila nak tengok resepi, dah tak leceh2 la nak belek2 satu2 buku resepi tu. so klik la myresepi tengok kat search seafood, terjumpa la resepi sotong yang paling simple pendek kata kalau boleh semua bahan tu ada kat dapur "SOTONG MASAK SERAI". thanks to the owner of this resepi..sedap sangat simple dan seringkas mungkin resepinya. tapi sekali rasa macam sotong yang direbus bersama serai dan gula melaka. lebih kurang la.. oklah ini resepinya. credit to myresepi. wani copy dan paste .


SOTONG MASAK SERAI

Bahan-bahan ( 2 - 3 orang )

  • 300g sotong
  • 3 biji cili padi
  • 2 batang serai
  • 200g asam jawa
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • garam gula secukup rasa
  • ajinomoto

Cara-cara

  1. Sotong putih dibersih
  2. Cili padi, serai, bawang putih dan bawang merah-dikisar dan ditumiskan
  3. Apabila naik baunya, masukkan sotong, air asam jawa, garam, gula dan ajinomoto secukup rasa. 
HASILNYA: 


 tapi resepi ni wani ubah sikit masukkan serai yang dititik dan letak cili padi masa nak menumis nak suruh nampak berwarna sikit kuah tu.

Komen
1 Komen

1 comment:

Nieyxzha Hassan said...

First time jumpa resepi ni..nak try la

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign