08 May 2011

SELAMAT HARI IBU ......

ASSALAMUALAIKUM…….


Sebelum memulakan penulisan di blog, dalam fikiran sedang terfikir – fikir bila sebenarnya hari ibu ni? Baru perasan di dalam tv asyik keluar iklan pasal hari ibu. Wani sebenarnya selalu keliru pasal tarikh yang tepat HARI IBU ni, padahal tiap – tiap tahun sambut hari ibu hehe tapi yang selalu lupanya bila tarikhnya yang ingatnya bulan Mei je. Tapi tak mengapa lah kita bukannya nak sambut HARI IBU untuk satu hari sahaja, bagi Wani , HARI IBU  tu adalah tiap – tiap hari.lagipun ibu kita hanyalah seorang tu je atas dunia ni.Lagipun bulan Mei tahun 2011 ini penuh dengan hari – hari yang begitu istimewa. Yang pertama HARI IBU, iaitu pada 8 Mei 2011, yang kedua HARI JADI ibu wani nanti iaitu pada 13 Mei 2011 dan yang ketiga HARI GURU iaitu jatuh pada 16 Mei 2011 nanti memandangkan ibu wani merupakan seorang guru .. banyak kan.. hari yang begitu MULIA sekali. Sudah ramai kawan – kawan wani bagi ucapan dekat ibu masing – masing. Wani ,, bila lagi? Hehe… ibu, engkaulah ratu hatiku, tiada siapa yang dapat dibandingkan denganmu dalam memikul tanggungjawab bergelar seorang ibu, mengandungkanku, melahirkanku, mengasuhku,  mendidikku, untuk menjadi seorang khalifah Allah yang berguna di dunia ini. SELAMAT HARI IBU  buat ibuku yang tercinta. Segala penat lelahmu akan dibalas di syurga nanti . AMIN….

SUMBER IHSAN DARI GOOGLE

Oklah dah panjang lebar wish hari ibu, wani tidak berkesempatan nak masak yang istimewa untuk ibu, tak mengapalah, hari ibu kan tiap – tiap hari. Dalam fikiran ni dah set, nak buat apa menu special ni  TUNGGUUUUU…emm hari ini wani pergi melawat datuk wani sebelah abah, sambil2 itu nak sembang – sembang dengan mak saudara wani. Dah lama betul tak berbual2. maklumlah tak berkesempatan . mak saudara wani ni akan kahwin nanti , tu yang wani teruja nak sembang2. dah nak hampir selesai je persediaan nak kahwin ni ,, bekas bunga telur dah beli lagipun yang nak buat hantaran pun dah habis beli banyaknya duit melayang. Huhu nak kahwin kan. Rasa tak puas bersembang lagi, masa suntuk. Lepas asar terus ke pasaraya nak beli barang dapur  mak pesan suruh beli ketupat nasi segera nak dibuat rendang ayam kampong, katanya.. ada lagi berbaki ayam kampong ingatkan dah tak ada..rasa nak beli barang banyak tapi tak bolehlah masa suntuk tak sempat nak terjah2 tengok barang. Lagipun mata wani dah meleret tengok “Fusilli” ahaha nak buat apa tu .. rahsia hehe.. rasa nak belek2 barang lagi tapi tak bolehla abah wani nak cepat pulang.. jawabnya terpendam la dalam hati yang mana barang – barang yang tak beli lagi tu.tak pe yang itu next time ,, tapi 3 barang penting sudah wani grab kat rak tadi. Bila lah projek nak buat nya ya..


Oooo lupa pula emm masa kat rumah datuk lagi satu ada adegan yang menyentuh hati kat sini. Datuk wani, wani panggil tok ayah ni dah tua pendengaran pun kurang jelas. Kalau nak bercakap dengan dia macam nak tengking orang pulak tapi nak buat macam mana kalau tak cakap dengan jelas dan kuat nanti dia tak dengar. Kenalah bercakap berulang – ulang kali. Bila wani sampai depan pintu rumah datuk wani ni memang dah duduk dekat kerusi panjang dia. Dekat situ la dia tidur siang dan malam. Masuk tu wani pegang tangan datuk , dia tak berapa kenal wani. Dekat situ hati wani tersentuh yang amat. Hati ini begitu pilu sekali melihat keadaan datuk Dia Tanya anak siapa wani jawab anak cikgu Nawi sebab dia panggil abah Wani,  Nawi ataupun Wi panggilan anak dia yang sulung. Dia Tanya lagi tinggal kat mana, wani jawab tinggal kat Peringat. Ooo lepas tu barulah dia perasan Wani ni cucu dia.. air mata jantannya mengalir keluar sambil datuk genggam tangan wani dengan begitu erat sekali sambil cakap cucu sendiri dah tak kenal Wani sebak ya Allah. Tak pernah wani tengok tok ayah menangis depan wani sendiri.  Sejak arwah nenek ( isteri datuk ) meninggal, tok ayah kini berseorangan, mak saudara wani la yang jaga. Wani kesat air mata dia dengan tisu.kalau dahulu memang wani tinggal sebelah rumah tok ayah. Jalan dua tiga langkah dah pun sampai. Sekarang sejak berpindah ke tempat lain sejak pertengahan tahun 2007, dah tak macam dulu dah. Wani hanya berdoa supaya Allah ringankan beban dia masa sakit –sakit ni.kita sendiri pun bila tengok orang yang sakit, ini pun memberi kesedaran kepada kita bahawasanya dalam menempuh kehidupan ini akan juga melalui saat-saat kesakitan semasa tua untuk menempuh ke alam kematian. Hargailah orang tua semasa mereka masih ada di dunia ini. Jika mereka dah tak ada, itu semua hanya akan menjadi satu memori yang akan sentiasa terpahat di hati



Komen
0 Komen

No comments:

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (219) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) Masakan Ikan (22) advertorial (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) Sudut Agama (19) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign