Total Pageviews

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Wednesday, May 11, 2011

MOIST CHOCOLATE CAKE ( STEAMED VERSION )

ASSALAMUALAIKUM......

Berapa hari yang lalu. sebelum adik perempuan wani seorang ni yang sedang belajar kat KL cakap nak balik kampung sebab minggu study week tapi kena balik jugak sebab kawan- kawan dia semua balik, takkan dia nak duduk seorang diri pulak kan.. lepas tu ada la cakap dengan dia yang dia teringin nak makan moist chocolate cake, dah lama tak makan kek dah tak tau rasa macam mana kek,, haahaa nasib baik tak cakap dah tak tau rupa kek macam mana pulak ya .. hehe... lepas tu wani dok fikir2 nak buat kek yang simple dan mudah yang paling penting ialah memang digemari family tak lain tak bukan moist chocolate cake la jawabnya..


 oklah tapi biasanya yang lepas2 kek coklat yang wani buat ni menjadi sebab  guna resepi siapa dah tak ingat tapi ambil kat myresepi... dah banyak kali buat sebab sedap dan keknya menjadi moist je lembap2 gitu dan lembut jer..  wani ingatkan nak jadikan resepi ni bookmark la ya dah tak mahu fikir resepi kek coklat yang lain sebab terlalu la banyak resepi kek coklat ni sampai dah tak tau nak ambil yang mana satu. bila dah cuba buat resepi ni dan banyak kali menjadi maka resepi ni la dah jadi COP MOHOR nya... bila pada masa yang tak dijangka wani terklik2 gambar resepi kek coklat di DAPUR KAK ZU,  ternampak la resepi kek coklat yang lain pulak cuma kaedah je yang lain dari biasa yang wani buat tu, sukatan dia pun macam terlebih sikit. kak zu kata teramat la sedapnya. lepas tu fikir dalam hati ni ... nak cuba ke tak nak cuba ni. akhirnya, ambil kata putus nak cuba jugak macam mana hasilnya. tapi wani derhaka kat resepi ni ,, kak zu bakar, wani buat pulak kukus. hehe..

tanpa membuang masa, marilah tengok resepinya.. terima kasih kak zu because of this recipe.. rasa2 nak jadikan resepi ni pulak bookmark nya hehe.. lembut dan memang moist sangat2 lepas semalaman dalam peti sejuk. wani copy dan pastekan resepinya



      

Ini dah dipotong, keluar je dari peti sejuk, terus potong.. oh my gosh.. terlalu hitam nya keknya,, very dark chocolate... sebenarnya wani suka kalau coklat tu guna banyak2... macam aiskrim pulak ...
















topping pun masih tak reti2 asyik comot je. tak apalah janji sedap lah ya. untuk kek ni sebenarnya wani guna gula 1 cawan jer .. tapi rasanya agak tawar sikit la sebab baru  perasan  yang sukatan untuk bahan2 tu semua agak banyak berbanding resepi yang biasa wani buat







Bahan2

3 biji telur
13/4 cawan gula ( Guna 1 cawan masih tawar kena guna 13/4 cawan jugak )

13/4 cawan serbuk koko
13/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonate
2 sudu kecil baking powder
***kesemua bahan ni digaul skali

1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair
1 cawan air panas gelegak

care2

pukul telur dan gula hingge kembang..masukkan susu cair..adunan tepung 4 sekawan tadi(***)....masukkan minyak masak..last sekali masukkan air panas.

bako dalam oven lbih kurang 1 jam.
bako dalam acuan bengkang pun bole..lgi jimat gas..api kecik je..dngn syarat ade pelapik besi bawah acuan bengkang.

***tips..mse nak masukkn adunan ni dalam oven tuang tinggi2 ke dalam acuan..maksudnye angkat tangan tinggi2..ishh isshh..tk faham ke..aduiii.tujuannye untuk kek naik gebu dan lembut..


sos coklatnye.

bahan2
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat
1/2 cawan gula halus
1/4 cawan minyak jagung/kelape
air 1/4 cawan

kesemua bahan ni masak atas double boiler..kepekatannye bole adjust nak pekat mne..

****klau nak lembab bior kek ni semalaman dlu..masak ari ni esok bru potong..boleh arrrr.



        kek coklat ni tersangat la moistnya nak banding resepi yang dah wani bookmark kan tu. tapi apa yang penting ialah  masa teknik kita nak gaulkan bahan2 semua ni memainkan peranan.. macam wani buat kek ni wani ayak 2 kali tepungnya tu dan gula dan telur pastikan dipukul biar betul sehingga kembang pendek kata macam putih berkrim dia naik 2 kali ganda dan telurnya nya wani guna suhu bilik.

No comments:

Post a Comment