01 May 2011

PENANG ASSAM LAKSA

ASSALAMUALAIKUM


Selamat berhujung minggu ya semua. Ok,sebelum memulakan apa resipi hari ini, semalam pada 29 April 2011 hari yang bersejarah bagi seluruh dunia apabila majlis perkahwinan Diraja England diantara Putera William dan Catherine Middleton berlangsung dengan meriahnya. Memang meriah sungguh!!. Semalam live the royal wedding ceremony on TLC channel. Wani siap tunggu pukul 5:00 petang nak tengok kat channel TLC.Live pulak dari pukul  5 petang sampai ke 9 malam. Lamanya tu. Jenuh nak tengoknya.kesimpulannya, Cantik dan elegan Kate, she’s so sweet with her soulmate dengan gaun pengantin perkahwinannya tu. Rakyat tunggu sepanjang jalan sehingga ke gereja, sepanjang dalam perjalanan Kate ke gereja. Semoga mereka berbahagia. ok dah.. dah.. stop.

Hari ini special sikit menu sebab menu ni memang dah jadi favorite wani. Dah banyak kali buat dan baru tau apa ramuan yang menyedapkan lagi rasa kuah tu.dah banyak kali buat sampai laksa dari negeri sendiri pun kurang nak makan hehe.  Memang best lah. Hari ini menu Laksa Penang. Emm dah jadi laksa kegemaran my top favorite berbanding laksa – laksa dari negeri yang lain sebab yang ni kuah dia masam – masam sikit. I LIKE !!!!. bahan – bahan untuk kuah pun dah ada, semalam mak dah petik 2 kuntum bunga kantan kat belakang rumah dan pagi ni abah dah beli 2 ikat daun kesum yang fresh – fresh. Wani suka bau-bauan herba – herba atau ulam- ulaman asia ni.. baru lah rasa authentic. So hari ini mulalah projek buat Laksa Penang , walaupun Wani bukan orang Penang hehe. Sepanjang masak Laksa Penang ni pun mak asyik bercerita yang dia pernah makan laksa dari Terengganu yang kuahnya santan mentah. Wani pun tak tahu sebab tak pernah makan. Ramuan nak buat kuah laksa ni setiap negeri lain – lain. Betul ke orang Terengganu hehe. Ramuan ni semua main agak – agak je, tapi Wani akan letakkan resepi kat sini dari myresepi. Lebih kurang lah ya. Ada yang tak cukup bahan tu sorylah ya. Laksa tu pula hanya guna instant laksa. Tapi resepi yang diletakkan disini cuma wani tak masukkan halia, bawang putih dan cili giling.Wani cuma tambah serai yang dititik. lagi bau wangi kuah tu ya .

Laksa Penang Liza ( sumber myresepi )

Bahan-bahan ( 4-5 orang makan )

  • 3-4 paket laksa beras cap Zong Shan
  • *Bahan kuah laksa*
  • 1 kg ikan kembung
  • 3-4 ulas asam keping
  • 1/2 labu bawang besar
  • 7-10 ulas bawang merah
  • 5-6 ulas bawang putih
  • 3-4 cm halia
  • 10-12 sudu makan cili giling
  • 7-10 biji cili padi
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 3 cm belacan
  • segenggam daun kesum
  • 1 batang bunga kantan
  • garam secukup rasa
  • *Bahan ulam laksa*
  • 4-5 biji telur rebus - dibelah dua
  • 1 biji cili merah - dihiris
  • 1 biji cili hijau - dihiris
  • 1/2 labu bawang besar - dihiris
  • 5-6 biji cili padi - dihiris
  • 1/2 biji nanas - dihiris
  • 1 batang timun - dihiris memanjang
  • 5-6 biji limau kasturi - dibelah dua
  • 4-5 helai daun salad - dihiris
  • sedikit daun pudina
  • *Bahan opsyenal*
  • petis udang

Cara-cara

  1. *Laksa* Laksa direndam dalam air sekurang-kurangnya setengah jam...Kemudian direbus sampai 'al-dente'...Laksa ditoskan dan diketepikan...
  2. *Kuah laksa* Ikan direbus bersama asam keping dan sedikit garam...Kemudian, asingkan ikan rebus dan ketepikan air rebusan bersama asam keping tadi...
  3. Ikan rebus diperisikan lalu dikisar...Kemudian, campurkan isi ikan dikisar ke dalam air rebusan ikan tadi...Tulang ikan turut dikisar...Tulang ikan kisar ditapis ke dalam ramuan tadi juga...
  4. Kisarkan bawang merah, bawang putih, bawang besar, cili padi dan halia...Bahan-bahan dikisar ini dicampurkan kepada ramuan ikan rebus tadi...Kemudian, panaskan periuk...
  5. Masukkan cili giling dan belacan...Lalu masukkan air asam jawa...
  6. Masukkan daun kesum dan bunga kantan...
  7. Kacau perlahan-lahan...Masak hingga mendidih...Kecap rasa masin, masam, dan pedasnya...Bubuhkan garam secukup rasa...Sedia untuk diangkat dan dihidangkan bersama laksa dan ulam-ulamannya :P 
 yang ni semua ramuan yang perlu digunakan untuk buat kuah laksa penang. cuma yang tak ada kat sini belacan.

 sesudah blenderkan lada kering, bawang merah dan cili padi tu masukkan ke dalam periuk,ikan rebus yang telah diblendkan bersama air rebusan ikan tu sekali, belacan, air asam jawa dan asam keping serta serai yang telah dititik. garam pun boleh masukkan terus. sukatan air yang nak ditambah pun agak -agak la dengan ikan rebus yang telah diblend. jangan cair sangat kuah tu. nanti tak sedap.


 kacau kuah tu sampai naik bau. kacau dan terus kacau 


 bila dia dah naik bau dan dah biar menggelegak lama sikit tu dah rasa garamnya, masukkan gula dalam satu sudu besar dan masukkan la daun kesum dan bunga kantan yang telah dibelah 4.


 kacau punya kacau dan biarkan dia mendidih lama sikit ya sampai la masak.


 penyediaan untuk laksa segera pula buatlah macam biasa. rebus sehingga masak dan toskan.



HASILNYA :


SELAMAT MENCUBA !!!!!

Komen
0 Komen

No comments:

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (219) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) Masakan Ikan (22) advertorial (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) Sudut Agama (19) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign